Assalamualaikum. Saya sedang berlegar - legar di Facebook tadi kala terpandang status update dari Zahiril Adzim. Kenal tak? yang jadi Samad dalam Setitis Hidayah tuu. Okay kalau tak kenal juga , beliau yang tulis buku Bogel Menuju Tuhan. Tiba - tiba teringat beliau dah kahwin minggu lepas. Dah lama tak baca surat khabar so tak berapa nak tahu la kan. Berita terkini pun tahu melalui Twitter. Eh, tengok kan saya dah melilau ke tempat lain. Okay back to the main story. So, bila nampak status update beliau, saya terus berkunjung ke fan page beliau. Baca ucapan dan taraaaaaa *muka excited* ada orang ni copy paste puisi Zahiril Adzim buat isterinya, Shera Aiyob waktu persandingan mereka. Kat bawah ni puisi Zahiril buat Shera. Bacalah
Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan
Saat itu langsung aku setuju dirimu yang satu
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong
Isteriku, percayalah sebabnya kasih dan cinta
Akan kujaga kau seperti kujaga diriku sendiri
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik
Setiap nafasku
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala
Isteriku selamat datang ke hidupku
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak
Selamat menjadi menantu ibu bapaku
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku
Selamat menjadi keluargaku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku.
Selamat menjadi isteriku
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak
Selamat menjadi menantu ibu bapaku
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku
Selamat menjadi keluargaku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku.
Alahaiii... saya yang baca pun rasa tersentuh apa lagi isterinya kan. Patut lah Shera menangis saat suaminya membacakan puisi indah ini.
![]() |
| Kononnya Zahiril terjumpa sehelai kertas dalam suit tuxedo. |
![]() |
| Terharu mungkin? |
Saya memang follow Zahiril Adzim di Twitter. Setiap kata yang dilontarkan ada 'isi'. Lihat saja blognya. Apapun, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal sehingga akhir hayat. *Orang selalu ucap 'moga sampai ke anak cucu.' Dah tu, lepas dah sampai anak cucu, awak nak doakan apa ? Bercerai berai? Bukankah itu yang Allah tak suka? Makanya, saya lebih senang mengucapkan, 'Moga kekal hingga akhir hayat' :)
Sekian, buat entri kali ini. Ada umur panjang, diizin Allah saya bernafas esok dan hari seterusnya, kita berjumpa lagi di entri lain. Wassalam.


No comments :
Post a Comment