Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Tika kita di Malaysia menyambut kedatangan tahun baru Hijrah dalam senyuman, keamanan, kesyukuran dan keselesaan, dunia dikejutkan dengan berita serangan rejim Zionis ke atas saudara seagama kita di Gaza. Mereka menyambut kedatangan Muharram dalam 'hujanan' fosforus, ledakan bom, letupan misil dan bedilan mortar. Darah mengalir tanpa mengira waktu, tempat dan siapa.
![]() |
| Apa dosa anak ini terhadap Israel ? Tunggu ibu dan ayahmu di pintu Syurga ya sayang... |
Allahuakbar, terasa degupan jantung seakan terhenti seketika memikirkan keadaan adik - adik di sana. Seandainya aku bisa terbang sekerdip mata ke Gaza, aku mahu ke sana! Tak ada gaji? Tak apa! Biar tak ada gaji di sini tapi dapat 'gaji' di 'sana'. Kerana DIA aku mahu ke sana, mahu memeluk adik - adikku agar hilang semua 'ketakutan', agar henti semua tangisan, agar mereka mampu tersenyum lagi, mampu bermain, berlari ke sana ke mari seperti anak - anak di Malaysia. In shaa Allah, satu hari nanti bila diizinkan DIA.
![]() |
| Si zionis laknat merampas sedikit demi sedikit tanah Palestin. Perlukah kita berdiam diri lagi? |
![]() |
| "Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang telah kerjakan itu." Al - Ma'ida: 62 |
![]() |
| Wajah masa depan negara yang bakal mengalami trauma seumur hidup, wajah bakal pejuang keamanan di Palestin, In shaa Allah |
![]() |
| Ini yang diklasifikasi sebagai 'SELF DEFENSE'? |
![]() |
| Rawatan tanpa bius ekoran kesukaran membawa masuk barangan keperluan |
![]() |
| Cuba selami perasaan mereka. Sekadar menunggu detik waktu untuk Syahid selepas sahabat lain 'pergi' |
![]() |
| Solidariti sebagai musafir di Malaysia untuk negara tercinta |
![]() |
| Gencatan senjata diumum semalam. Jangan berhenti berdu'a! Israel tak mungkin akan diam begitu sahaja. Takkan mereka berhenti dari men'dera' emosi dan mental saudara kita di Gaza |
![]() |
| Boikot apa yang patut dan mampu diboikot! Tiba masa untuk kita membeli barangan buatan Malaysia *Sebelum boikot cari dulu informasi bagaimana barangan di atas ini menyumbang kepada zionis! |
![]() |
| Mohon ambil perhatian akan barcode; demi maruah dan darah saudara seagama |
Ini yang berlaku di Gaza ketika serangan Israel melanda -
Want to donate to help people in Gaza? Mahu menghulurkan sedeqah dan bantuan bagi saudara di Gaza? Antara organisasi yang menubuhkan tabung Gaza:
There you go plenty of trustworthy organizations. Cuma ada RM10? RM 10 lah kita beri. Every cent counts.
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksa-Nya, dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al - A'raf: 167

















No comments :
Post a Comment