Sunday, November 11, 2012

Dugaan Yang Mendekatkan?

     Assalamualaikum. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 215 hari berlalu, 7 bulan atuk tinggalkan kami, tinggalkan aku yang masih terkapai-kapai sendirian. Jujurnya aku masih mencari kekuatan yang hilang walau aku akui semangat itu sedikit demi sedikit hampir pulih. Tapi perasaan aku takkan pernah sama lagi seperti sebelum atuk pergi. Rindu? Ya, rindu teramat sangat. Masih terngiang-ngiang suaranya di cuping telinga ni, masih terasa hangat tangannya, masih terbau-bau kehadiran dia. Siapa boleh lupa sepantas kilat akan semua memori yang ada bila atuk dah ada depan mata aku sejak aku lahir, 19 tahun yang lalu? Siapa boleh lupa akan insan yang menghantar ke sekolah dan menjemput aku dari sekolah, yang marah mahupun tegur aku bila salah?

     Sepantas kilat, sekelip mata, sedegup jantung, sehela nafas, dan dengan hanya satu panggilan segalanya berubah pada pagi sebelum subuh 10 April 2012. Ibarat kau pergi audisi, kau lulus dan kemudian jadi popular lantas kau dihujani dengan pelbagai tawaran keduniaan. Atau mungkin lebih tepat ibarat kau ditimpa kemalangan dan lumpuh seluruh anggota, tak mampu berbuat apa melainkan terlantar di katil berdoa agar ada keajaiban dari DIA. Namun aku bersyukur kerana sekurang - kurangnya atuk tak perlu lagi mengeluh kesakitan. Pada awal pemergian atuk, aku memang lemah walau kau takkan percaya aku sebegitu dari riak muka. Aku sembunyikan semua rasa yang ada. Aku tunjuk aku kuat lagi lagi bila depan nenek. Aku tahu kalau aku sedih nenek lagi sedih. Lihat saja saat aku hubungi dia pada petang hari, ada esakan di corong telefon. Pernah satu ketika aku ke rumah nenek, nenek tunjuk gambar arwah, nenek mengalir air mata sambil cerita kenangan dia dan atuk. Aku waktu tu tengok sekejap baru, air mata terus mengalir, cepat cepat aku seka, tak nak nenek nampak. Sampai sekarang aku masih tak mampu tatap gambar atuk.

     Dan hari ni, syukur  Alhamdulillah, walaupun masih tak mampu tatap gambar atuk, sekurang - kurangnya aku lebih kuat dari dulu. Pemergian atuk jujurnya mendekatkan aku dengan DIA, sedikit sebanyak mengubah pemikiran aku, mengubah aku supaya jadi lebih baik dari semalam, kelmarin, minggu lepas, bulan lepas, dan dari hari pertama atuk pergi buat selama - lamanya. Aku cuba jaga hubungan dengan DIA, dengan semua. Ya, masih banyak yang perlu dibaiki, inshaAllah dari masa ke masa.  Mungkin 'hikmah' DIA jemput atuk kembali padaNya adalah supaya aku lebih dekat dengan DIA dan agar aku lebih kuat hadapi ujian DIA. Aku percaya satu hari nanti DIA akan hantar seseorang sebagai ganti, supaya aku tak lagi terasa kehilangan teramat. Kunfayakun, andai DIA kata jadi, maka jadilah. Du'a tanpa henti Anis, Du'a moga atuk tenang di 'sana', Du'a moga semua ujian yang mendatang menguatkan kau, moga kau jadi lebih baik dari saat yang baru berlalu, Inshaallah. Kerana setiap cabaran, dugaan dan kegembiraan itu datang berselang - seli tanpa dapat di'tebak' bila , percayalah semua dari DIA, mahu uji tahap keimanan kita yang acapkali berubah grafnya.


"Kadang - kadang DIA sembunyikan matahari,
DIA turunkan  hujan dan petir,
kita tertanya mana perginya  matahari?
Rupa - rupanya DIA ingin beri kita pelangi indah.
"


"Allah does not burden a soul beyond that it can bear..." Al - Baqarah: 286



No comments :

Post a Comment