Monday, June 20, 2011

KL Gangster & Pengarahnya


   Assalamualaikum... How are you guys doing? I hope all of you are in the pink of health. I went to watch KL Gangster yesterday - June 18, 2011. Kenapa saya terlalu berminat untuk menonton filem ni ? Pertama, Abang (sebagai menghormati Pengarah filem ini. Saya muda 9 tahun dari beliau...) Syamsul ialah pengarahnya. Abang Syamsul merupakan anak pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. Saya membesar dengan drama-drama dan filem - filem Datuk (Antara yang saya tonton ialah drama Gerak Khas, Sembilu, Sembilu Kasih, Janji Diana, Filem Sembilu 2005, Gerak Khas 1, 2 & 3). Kedua, trailer nya yang telah ditonton hampir setengah juta orang dalam masa sebulan sudah cukup menarik perhatian! Ketiga, my dad has never like to watch movie in cinema and he will fall asleep if we ask him to go with us *sungguh tidak sporting bab movie di situ*. So, I told him "let's watch this film and you won't waste your money! The trailer is great!" He finally agreed to watch it. Thank you Allah. In fact, dad gave positive feedbacks after watching it.

   Kami menonton di IOI Mall Puchong sahaja. Bila saya melangkah ke Hall 3 malam itu, saya lihat semua kerusi sudah penuh. Nasib baik kami telah membuat tempahan awal. "Ya Allah, tidak pernah sampai begini sambutan yang diterima filem Melayu", hati kecil saya berdetik. Lebih menarik perhatian saya apabila yang duduk menonton di kerusi barisan hadapan saya adalah 3 orang Negro atau lebih dikenali gagak hitam. Negro pun layan KL Gangster! Memang saya tabik dengan Abang Syamsul dan team KL Gangster. Hampir saya mengalirkan air mata kerana bangga melihat situasi sedemikian. Saya merupakan penyokong filem dan drama Melayu. Jarang sekali ke pawagam menonton filem antarabangsa mahupun filem tempatan kecuali kalau saya merasakan filem itu berkualiti tinggi. 

   Dari permulaan, klimaks sehingga konklusi mata saya seakan melekat di skrin. Babak yang dipaparkan, sound effects, dialog (mungkin bagi sesetengah pihak agak kasar...hey! gangster kalau tak cakap kasar bukan gangster la... :D ), gaya lakonan pelakon - pelakon semuanya setanding filem antarabangsa. Sebuah filem yang padat dengan aksi dan tiada langsung unsur percintaan. Karya yang lebih segar dan luar biasa! "ORDINARY GUY WHO'S TRYING HARD TO DO EXTRAORDINARY THINGS IN LIFE" Itulah quotes yang ditulis Abang Syamsul di laman Facebook miliknya. Sangat tepat!



   For your information, I'm one of brother Syamsul Yusof's big fan. I'm sure you guys would say "ala, minat Syamsul sebab dia handsome dan dari keluarga berada kan..." Nahh, tidak tidak! Saya melihat Abang Syamsul dari sisi yang berbeza. Beliau seorang anak muda yang patut kita contohi. Mengapa ?  
  • Semangatnya kental dan tidak mudah melatah terhadap tohmahan - tohmahan yang dilemparkan. Semua sedia maklum beliau telah dianugerahkan Pengarah Filem Terbaik pada FFM tahun lepas dan karyanya Khurafat yang ditayangkan di pawagam beberapa bulan lalu mencatat kutipan RM 8.6 juta. Namun, masih ada segelintir pihak tidak berpuas hati atas rezeki Allah untuk Abang Syamsul dan melemparkan kata - kata yang kurang menyenangkan. Adakah anda melihat Abang Syamsul melatah dengan isu itu? Tidak sama sekali. Beliau tenang menghadapi, semakin hari semakin menampakkan kematangan, terus berusaha keras tanpa mengenal erti penat bagi memastikan gelaran itu sememangnya  layak untuk beliau pikul. 
  • Abang Syamsul Yusof seorang yang bertanggungjawab. Ini diakui sendiri oleh ibunya, Datin Patimah Ismail dan bapanya, Datuk Yusof Haslam. 
  • Segala kerja dilakukan dengan ikhlas. Bila kita ikhlas maka pulangan yang bakal kita dapat setimpal lah. Betul tak ? 
Ikhlas merasai sendiri pengalaman di dalam kubur. Gambar dari filem Khurafat.
  • Abang Syamsul mempunyai visi dan misi yang jelas dalam hidupnya. Beliau tidak seperti sesetengah anak muda yang pada usia 27 tahun masih mencari - cari arah tuju dalam hidup. Ini terbukti dengan penghasillan filem - filem beliau seperti KL Drift 1 & 2, Aku Bukan Bohsia, Khurafat, KL Gangster dan bakal menyusul Aku Bukan Tomboy, Aku Bukan Bohsia - Jalan Kembali serta KL Gangster Prekuel. Beliau tahu apa yang beliau inginkan. Ya, saya tidak pernah kenal beliau secara lebih dekat dan tidak pernah tahu semua visi dan misi beliau. Tetapi, tahukah anda Abang Syamsul sudah lama menyimpan impian untuk menghasilkan filem aksi kongsi gelap sepenuhnya ? Mungkin sesetengah anda tahu, mungkin juga tidak. Bermula KL Drift 1 beliau telah masukkan sedikit demi sedikit genre itu. Akhirnya, hari ini filem aksi kongsi gelap impian beliau menjadi realiti dan telah berjaya mengaut kutipan RM 11 juta (sehingga 19 Jun 2011), memecah rekod filem Melayu lain. Malah, KL Gangster menduduki tangga teratas mengatasi filem - filem antarabangsa seperti X-Men dan Super 8. Sungguh beliau berjaya menaikkan nama filem Melayu ke tahap yang lebih tinggi.
  • Beliau juga berani mencuba sesuatu yang baru. Dari filem drift ke gaya hidup masyarakat, dari filem seram ke filem kongsi gelap. Setiap filemnya disuntik dengan elemen-elemen yanga jarang dilakukan pengarah lain. Mungkin sekali tidak pernah ada. 
  • Beliau turut mampu menerima pandangan dari semua pihak dengan hati terbuka. 
  • Bagi saya rupa paras dan harta kemewahan adalah bonus dan rezeki dari Allah SWT untuk hambaNya bernama Mohd Syamsul bin Md Yusof. Nikmat kemewahan yang beliau perolehi hari ini juga atas kerja keras yang ditunjukkannya sendiri. Saya yakin Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail bukan lah insan yang memanjakan anak - anak dengan wang ringgit. 
   Apapun, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Abang Syamsul! Sememangnya abang layak menerima penghargaan dan pujian. Terima kasih kerana menghasilkan filem-filem hebat yang sangat diperlukan sebagai hiburan untuk anak-anak muda Malaysia. Satu pesanan dari saya yang 9 tahun lebih muda dari abang (mungkin saya tidak layak), saya harap abang tidak akan pernah lupa asal usul abang, tidak lalai dengan nikmat pemberian Allah ini, KEEP UP YOUR AWESOME WORK, and KEEP PRODUCING SUPERB MALAY MOVIES! Remember, I will always support you no matter what happen. Inshaallah. I'm very proud to have a muslim brother like you! You inspire me to work hard in everything I do. Thank you so much! I hope one day I'll be able to meet you in person :)

   Teristimewa buat kedua ibu bapa Abang Syamsul, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan seorang pengarah yang berdedikasi dan komited dalam membangun dan memajukan industri perfileman tanah air. Inshaallah saya akan terus menyokong filem dan drama keluaran Skop Production. Tahniah di atas kejayaan anakanda Datuk dan Datin! Semoga berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan bahagia sentiasa. Ameen. 

   *Untuk rakan - rakan yang membaca blog ini terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah sebentar meluangkan masa anda. Sudah tiba masanya kita mengangkat semula martabat bangsa. Jangan biarkan diri kita ditindas terus menerus. Ayuh, bangsaku bangkit dan berlarilah ke hadapan mengejar kejayaan di dunia dan akhirat! Buka mata, buka minda, tetapkan iman dan maju ke hadapan! (Seperti kata Abang Syamsul "bukan PASTI tetapi INSHAALLAH") kita berjaya! Jangan lupa singgah di blog Abang Syamsul untuk mengetahui perkembangan terbaru, resipi kejayaannya (baca ini) dan blog Dr Anwar Fazal (baca ini)   :)

Sekadar pandangan dari hamba Allah yang menyokong Abang Syamsul. Wassalam.

No comments :

Post a Comment