Assalamualaikum...Dah ada spider web ke kat blog ni? Harap harap tak :) So, hari ni I would share with you the way I study, the dos and don'ts while being a school kid. My juniors asked me how do I study and so on. Ni cek nak cerita. Hangpa, duk diam diam, dengar naa... Where should I start? The basic thing first.
- First & foremost, bila masuk sekolah tu tolong la hormat orang and there's no need to show off what you have and what others don't. Hormat di sini bermaksud bila terserempak dengan cikgu masa tengah jalan tu bagi salam k. Dulu time saya kecil cikgu selalu tekan kan, "Students, please respect your teachers by wish him or her Selamat Pagi, Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Good Evening and so on" Tu yang saya amalkan setiap hari masa di sekolah. Sebab bagi saya bila cikgu menjawab salam atau sekadar mengangguk tandanya cikgu turut sama mendoakan kita. Bila cikgu mendoakan = cikgu memberkati segala ilmu yang diturunkan. Fahamm? Lagi satu tak payah la nak berlagak sana sini kat dalam sekolah dengan beg mahal, rambut blonde and make up segala (kau tak reti ikut peraturan ke apa..?) Ni sekolah bukan shopping mall ye... Sila faham pernyataan itu.
- Next, bab buku, homework. Siapkan la apa apa yang patut. Jangan la datang sekolah dengan beg yang kosong atau satu buku saja. Saya pernah di denda menyiapkan karangan di luar kelas gara gara terlupa nak siapkan di rumah *malu sangat sebab orang lalu mesti pandang* Saya masih ingat ada cikgu yang cakap lebih kurang macam ni "Jangan menyesal kalau awak tak dapat apa yang awak nak masa result nanti, sebab awak tak buat kerja yang saya bagi sekarang". Tak faham? Pergi tutup lap top dan fikir.Tak faham juga baru tanya saya.
- Cara belajar saya :
- Bahasa Melayu : BACA surat khabar, novel dan risalah. Nota dan teks komsas sangat lah perlu untuk di baca because you won't get the answers from other books except from the text itself. Bila dapat assignments contohnya essay especially buatlah - dari situ cikgu akan detect masalah kita and betulkan mana yang perlu. Bila SMS elakkan guna shortform kecuali kalau da terdesak. Saya paling geli dan meluat baca SMS yang shortform macam - tidow? cayang? watpeteww... Ohmyy...dah tak reti nak type betul betul ke?
- Bahasa Inggeris : READ newspaper, novels, and articles. Listen to English songs and conversations. But please don't listen to porn type songs or conversations. You're still under age. You've to read the literature component textbook. Do lots of grammar practice - to master your grammar. Once your grammar is perfect, you'll find it's easy to write an essay. Build your vocabulary - I'm still working on my vocabulary, anyway. Always have your dictionary with you whenever you're reading or listening or watching television.
- Mathematics & Additional Mathematics : Master and memorise the formulas NOT the steps. Practice, Practice and Practice! There's no other way to get A+ for these subjects. If you find your answer is wrong, try to work on it again and lastly if you still couldn't get the answer ask your teacher or your friends.
- Science, Chemistry, Biology & Physics : Firstly read and understand the topics. If you don't understand, ask your teacher to explain. Next, do exercises to make sure you've understand the topics. If there's wrong answer, refer to your textbook or revision books. Practice again and again till you can remember all the facts and concepts. Master the equations, formulas, and scientific terms.
- Geography : READ the textbook, understand the informations and all the informations must be in your fingertips when you're going into the exam hall. Do exercises. When you're travelling, don't sleep during the journey. Keep yourself wide awake, look what happen and what can you see around you. The signboards, trees, buildings, and etc. This will help you improve your knowledge. Ask when you've doubt in your mind regarding the place. Make sure you get the correct information.
- Sejarah : BACA BUKU TEKS sekurang-kurangnya 3 kali. Jangan baca BUKU RUJUKAN. Buku rujukan TAKKAN membantu anda mendapat A+. Percayalah kata - kata saya. Saya mengulangkaji menggunakan buku rujukan sewaktu di tingkatan 1 & 2 dan TIDAK pernah sekali pun dapat lebih daripada 83%. Apabila saya bertukar kepada buku TEKS, baca berulang kali barulah saya berjaya mendapatkan 83% ke atas. Saya pernah mendapat 100% sewaktu ujian Mac tingkatan 3. Sewaktu di tingkatan 4 & 5, markah subjek Sejarah saya TIDAK pernah kurang daripada 92%. Pastikan segala fakta berada di hujung jari sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Banyakkan membuat latihan. Setiap jawapan yang salah, rujuk semula buku teks dan tulis fakta yang betul bersebelahan jawapan salah tadi.
- Kemahiran Hidup : Tumpukan perhatian sewaktu guru mengajar. Buat semua tugasan (kerja kayu, menjahit, kerja elektronik) yang diberi oleh guru. Jangan ambil mudah apa yang guru minta kamu buat. Fahamkan semua maklumat dalam buku teks. Buat banyak soalan yang menjurus kepada bentuk peperiksaan.
- Pendidikan Islam : Fokus semasa ustaz atau ustazah sedang mengajar. Jangan sesekali main atau berbual semasa beliau sedang bercakap. Hormati beliau. Dengar, serap dan faham apa yang disampaikan. Buat nota mengenai topik yang telah diajar. Latihan jangan sesekali lupa buat. Amalkan apa yang telah dipelajari.
- Buku rujukan & latihan : saya cadangkan anda beli buku terbitan SASBADI, LONGMAN, PELANGI, EASTVIEW & CERDIK. Boleh lah bertanya saya penerbit mana yang sesuai untuk sesuatu subjek jika anda masih ragu-ragu. Saya telah membuat berbagai-bagai soalan & rujukan daripada pelbagai jenis buku. Syukur Alhamdulillah saya dapat membezakan buku mana yang terbaik untuk dibuat rujukan serta panduan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
- Seterusnya, mobile phone. Tak perlulah berbelanja secara berlebihan untuk mobile phone dan prepaid. Saya tengok sekarang da jadi trend budak sekolah pakai iPhone dan Blackberry lepas tu bawa ke sekolah. Kalau pelajaran entah ke mana tak payah la berlagak dengan semua tu. Bukan boleh di tanam sekali apabila kita mati. Hanya ilmu, amal dan doa sahaja yang dapat kita bawa ke alam kubur. Ayah selalu cakap tak guna pakai iPhone and Blackberry kalau kita tak boleh berjaya dalam akademik dan cemerlang amalan sehari - hari (Saya masih lagi meningkatkan pengetahuan & usaha saya dalam bidang akademik dan amalan sehari - hari). Setakat berjaya punyai harta banyak tidak membawa apa - apa makna. Tahu tak, jika sedikit harta yang anda ada (harta itu diinfakkan ke jalan Allah) maka sedikit lah soalan yang bakal ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Maaf kalau sesiapa terasa. This is my point of view. Well, for me I would put all my effort to make sure I do my best in everything. After I get the result, then only I will give myself a reward.
- Kalau da tahu parents tak suka anak-anak ada boyfriend atau girlfriend maka anak-anak jangan mencari masalah. Masalah di sini bermaksud jangan la pergi menggatal nak ada boyfriend atau girlfriend. Bukan tak boleh ada tapi waktunya belum tiba. Bila da habis sekolah nak ada, cari yang betul betul sesuai. Jangan main tangkap muat je. Pandanglah seseorang berdasarkan hati dan bukan rupa parasnya. Pilihla orang yang tahu menghormati orang lain especially orang tua dan yang tahu membimbing kita ke jalan benar. Kalau anda kata "eh, macam la dia tak pernah ada boyfriend". Nah, memang selama 18 tahun saya hidup tak pernah ada. Perasaan nak bercinta memang selalu datang menjengah namun setakat ini belum ada yang datang menghulurkan cinta. Pernah suatu ketika saya hantar surat kepada seseorang. Waktu itu dia sudah ada girlfriend. Tapi saya katakan padanya, saya tak minta dia tinggalkan girlfriend nya. Saya minta dia tetap menjadi kawan saya. Cukup sekadar melihatnya dari jauh dan saya tetap mendoakan kebahagiannya. Itu sudah cukup untuk membuat saya tersenyum melewati hari hari saya di sekolah. Syukur, Alhamdulillah sampai ke hari ini kami masih tetap berkawan dan semoga persahabatan ini akan berterusan. Selepas itu, pernah juga ada yang lain datang memberi harapan dan bila saya sudah mula menyukai, orang yang ini menipu saya dan member bermacam-macam alasan. Anda tahu bagaimana sakitnya rasa apabila ditipu? Seminggu saya menangis dan tidak ada mood langsung nak buat sebarang kerja. Namun, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa di sisi sewaktu susah dan senang. Saya kuatkan hati, bangkitkan semula semangat dan saya katakan pada diri saya "saya akan buktikan saya boleh berjaya, saya tidak akan menghubungi dia lagi." Tiap hari saya berdu'a supaya dipermudahkan segala urusan saya untuk berjaya, kuatkan semangat saya." Sekali lagi, Tuhan Maha Adil Dia beri saya kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang. Saya percaya suatu saat Allah akan pertemukan saya dengan insan yang selayaknya mendampingi dan menjaga saya hingga ke akhir hayat. Saya pasti orang itu adalah yang terbaik buat saya. Insha Allah....
- Sila jaga pemakanan anda. Jangan makan sebarang sebarang yang mana kita sendiri tak tahu dari mana dan dari apa makanan itu dibuat. Banyakkan makan kismis, buah kurma. Minum air suam dan elakkan minuman yang manis. Adalah lebih baik apabila setiap malam jumaat selepas solat maghrib, baca Yassin dan buat sekali air Yassin. Niat di dalam hati apa yang anda hajatkan. Jika ada air Zam Zam, minum setiap pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Jangan lupa membaca selawat, doa penerang hati, 3 Qul, Ayat Kursi, dan Al-Fatihah. Insha Allah akan dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan. Solat jangan tinggal. Jika tertinggal kerana tertidur, qada' semula. Amalkan solat hajat setiap malam selepas solat isyak atau jika larat bangun 2/3 malam dan lakukan solat hajat. Ingatlah DU'A adalah senjata orang mukmin. Jika kita tidak solat bermakna kita memutuskan hubungan kita dengan Allah.
Sekadar perkongsian buat semua. Sekian.
No comments :
Post a Comment