Assalamualaikum. Terasa nak ber-blogging pula petang ni. Sejak akhir akhir ni selalu terdengar suara orang terdekat, "Anis, suka dia eh?" "Anis, kahwin jemput tau. Mesti kahwin dengan ********". Seolah olah mereka ini dah tahu siapa jodoh saya, siapa yang bakal menjadi peneman hidup saya. Ada juga yang berkata, "Awak dengan dia sepadan." Allahuakbar. Saya bukan manusia sempurna. Dia mungkin lebih layak mendapatkan yang jauh lebih baik dari saya. Kat rumah pula, "Kak Long, mesti pilih ******** kan" Bila disogok dengan soalan sebegini, saya rasa bersalah dengan hati sendiri, rasa bersalah dengan orang sekeliling. Entah kenapa. Hati ni tak pernah berkata, "Anis, you're in love" selepas yang satu itu pergi tanpa sebarang kata membiarkan saya terus berharap dan akhirnya berhenti berharap. Sebetulnya saya takut, serik untuk fall in love, takut berharap seperti dulu dan akhirnya sendiri yang kecewa. Saya lebih senang berkawan dengan semua. Ironinya, saya kurang kawan lelaki Melayu. Mungkin ada segelintir yang rasa saya sombong walhal saya memang agak kurang bercakap sejak dulu lagi. Bila perlu saya bercakap dan berbual, saya akan berbuat demikian. Rasa janggal selalu datang menjengah andai saya berbual dengan lelaki Melayu. Takut tersalah bicara, jadi buah mulut orang, bahan gosip, dan takut menyakiti hati orang lain. Dan sebab inilah juga saya lebih senang berkomunikasi dengan lelaki bukan Melayu.
Apapun, siapa juga jodoh yang sudah tertulis untuk saya, siapapun pemilik tulang rusuk yang dipinjamkan Allah dalam tubuh saya ini, saya terima asal insan itu mampu membimbing saya ke jalan yang diredhaiNya, yang menjadi dirinya sendiri, jujur, ikhlas kerana Allah dan akan bersama saya dalam susah dan senang hingga ke SyurgaNya, Inshaallah. (Sejak belajar di college, kekuatan iman saya sering diuji. Godaan syaitan durjana kian hebat. Namun, syukur Alhamdulillah DIA masih memlihara iman hambaNya yang lemah ini. Du'a saya hanya satu ... dipertemukan dengan pemilik tulang rusuk ini agar saya terus kuat menghadapi godaan si iblis dan berjaya menghabiskan Foundation serta Degree dengan CGPA 3.5 ke atas. Ameen). Mohon diperkuatkan iman hingga ijab dan kabul dilafazkan oleh si pemilik tulang rusuk :)
"Dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih dan sayang."
[30:21]
Moga Allah panjangkan umurku, beriku kesempatan untuk bernafas di hari esok dan seterusnya sehingga selesai perjuanganku. Wassalam.
No comments :
Post a Comment