Sunday, January 29, 2012

Perginya Tak Berganti

Assalamualaikum. Cuti seminggu dah nak habis. Minggu lepas kala terpandang status update Kak Elly, sepupu saya bahawa dia rindu akan arwah bondanya, terus saya terdiam seketika. Antara sedar atau tidak hampir 5 tahun arwah tinggalkan kami. Nak kata terlalu rapat tak juga. Tapi tiap kali ada yang menyebut atau saya teringat akan arwah, pasti kaca-kaca putih akan tumpah dari mata saya. Sebak. Rindu. Segalanya bercampur baur. Kali terakhir bertemu arwah di rumah Mama di Kajang. Waktu itu jemari kanannya cuma tinggal ibu jari. Empat lagi tidak dapat diselamatkan angkara penyakit diabetes yang dihidapinya. Jelas terbayang di minda saya situasi waktu itu. Arwah cuma mampu minum ais kosong lebih kurang dua ke tiga ketul. Bukan itu yang saya nak cerita sebaliknya adalah kata - kata yang selalu arwah ucapkan setiap kali saya bertemu dengannya. "Anis, belajar rajin-rajin" Dan sepatah ayat itulah yang saya simpan kemas di memori, saya jadikan sebagai semangat tiap kali saya merasakan kesusahan. Sepatah ayat itu jugalah yang membuatkan saya lebih kuat melalui liku-liku kehidupan yang makin mencabar. Sejak lima tahun lalu, tak ada lagi orang yang mengucapkan sepatah ayat itu kepada saya. Ya, saya rindu nak dengar ayat itu keluar dari mulut Mak Andak. Terlalu rindu. Saya juga rindu nak makan masakan arwah Mak Andak - Asam Pedas Ayam, Daging Masak Kicap Style Sarawak. Tak ada yang mampu masak sesedap arwah walau ibu selalu masak lauk itu di rumah. Tapi ibu masak cara ibu. Bukan tak sedap. Sedap juga cuma tak sama.  I'll always remember those four words cause those are the words that keeps me study hard till today. If only you could see where I am now and where I am in five years time, I'll make sure you put a smile on your face cause I do this for you and for all our family members. Al-Fatihah. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. You're being missed deeply.


No comments :

Post a Comment