Apa itu? Oh, nk tahu tak nama Kejayaan tu adalah hadiah selepas seseorang berusaha bersungguh - sungguh dan akhirnya bertawakal kepada Allah.. Allah kan Maha Mendengar segala doa hambaNya. Allah itu sangat, terlalu Adil! Kejayaan mampu dicapai oleh orang biasa yang hidupnya biasa sahaja, bersekolah di sekolah biasa, tetapi berusah secara luar biasa. Allah tahu usaha hambaNya banyak mana kerana Dia Maha Mengetahui. Sudahkah saya berusaha sekuat tenaga untuk kejayaan saya dlm SPM nanti? Saya mengaku, belum cukup. Saya tekad saya akan berusaha bersungguh - sungguh! Dulu waktu nak PMR hari - hari mesti belajar. Kalau sehari tak belajar, saya akan gandakan masa esoknya. Sekarang saya betul - betul kena kejar masa. Kena sibukkan diri dengan buku - buku sekolah. Ya saya perlu lakukan. Saya nak 9A+! Saya tahu saya mampu dapatkan! Internet, sila jauhkan diri dari saya! Untuk adik-adik yang nk UPSR dan PMR tu belajarlah! Ingat hanya dengan kejayaan kita dapat bahagiakan ibu dan ayah. Saya selalu duduk seorang diri, bertanya dalam hati, mampukah saya hadiahkan kejayaan saya untuk ibu ayah saya? Saya cakap pada diri saya, saya mampu! Bila rasa kecewa sedikit dalam pelajaran, saya nk bgtahu ibu ayah tapi melihat muka mereka, jadi tak sampai hati... Saya usaha lagi, lagi dan lagi sehingga saya selesaikan masalah yang saya hadapi. SPM saya nak 9A+ sebab waktu UPSR dan PMR dulu saya dah dapat 5A dan 8A! Saya tak nak ada satu pun B. Itu azam saya sejak kecil. kalau ada B, saya akan pasikan saya usaha sehingga tak ada B. Ayah selalu cakap, kalau nak buktikan dekat orang lain awak lebih baik, jangan ada satu pun B dan A tu mesti 90 ke atas. Saya belajar, pergi tuisyen, baca banyak buku motivasi, buat latihan, sehingga tidur pun kadangkala beberapa jam sahaja sehari. Bagi saya biar saya usaha dulu, dapat semua A, lepas itu baru saya dapat tidur dengan nyenyak. Apa yang saya nak, saya impikan, saya akan usaha sekeras mungkin untuk menjadikan mimpi - mimpi itu satu realiti. Waktu masuk Tingkatan 1, saya tgk senior2 dkt kelas 5 Sains 1, saya cakap pada diri saya, saat saya di Tingkatan 5 nanti saya nak masuk kelas 5 Sains 1, nak jadi antara yang cemerlang kat sekolah. Buktinya, hari ini saya berada di Tingkatan 5 Sains 1... Saya cuma usaha, saya tak tahu pun kelas mana yang akan cikgu berikan kepada saya. Tup tup dpt result akhir tahun 2009, cikgu tempatkan saya di 5 Sains 1. Syukur walaupun hanya saya seorang sahaja ketika itu berbangsa Melayu... Jadi adik - adik, jangan sia - siakan impian kalian... Di bawah ni sedikit tips yang saya nak kongsikan dengan kalia. Saya taklah hebat tapi berikut ialah cara saya belajar..
Tips UPSR
- Bahasa Melayu - banyakkan latihan terutama soalan tahun - tahun lepas, membaca.
- Bahasa Inggeris - banyakkan latihan terutama soalan tahun - tahun lepas, membaca, biasakan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa ini.
- Matematik - latihan, hafal formula!
- Sains - ulangkaji, fahamkan konsep, ingat semula fakta, latihan!
Tips PMR
- Bahasa Melayu - banyakkan latihan terutama soalan tahun - tahun lepas, membaca, ingat hukum D-M, tatabahasa, peribahasa, fikir secara matang.
- Bahasa Inggeris - banyakkan latihan terutama soalan tahun - tahun lepas, membaca, biasakan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa ini, grammar, be matured.
- Matematik - latihan, hafal formula!
- Geografi - latihan, ingat fakta - fakta!
- Sains - latihan, ingat fakta - fakta!
- Kemahiran Hidup - latihan!
- Agama - latihan (jawapan beri lebih daripada apa yang diminta), amalkan!
- Sejarah - kena ingat semuanya, latihan, ulangkaji menggunakan buku TEKS!
Sebelum mulakan pembelajaran, berdoa agar Tuhan bukakan pintu hati untuk menerima ilmu, dipermudahkan untuk memahami segala ilmu, dan diberi ingatan yang kuat (makanlah kismis, kurma dan minum madu dengan air putih), tuntutlah ilmu kerana Allah, jangan menuntut ilmu kerana dengan prioriti nak dapat ganjaran.
Akhir sekali, lakukan Solat Sunat Hajat setiap malam (jika mampu). Berdoalah kepada Allah SWT setelah berusaha bersungguh - sungguh. Jaga solat fardhu lima waktu, jika tertinggal qada' semula.
Sekadar berkongsi...Sekian, wassalam
No comments :
Post a Comment